Ad-Dinul Husnul-Khuluq


Hello World! Im Siti Nur Fadhilah and Im studying at Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya , Nilam Puri , Kelantan. Be nice here okay!


► My Biography
► Heartbeats
► Exchange Links
► Cute Diary
+Follow
Dashboard




They're my HEARTBEATS ;)




Anak Buah ( Ada & Syawal )



Naim , Syakirah , Fadhilah , Syafiqah , Izza :D



Akhawat Majmuah Empat ^_^



Kehidupan di U :)

Template & Skin by : Husnaa.
Big help from : Farah | WHI | C4U | Una

Halwa telinga ^_^



Gratisan Musik


Kuat Kan Hatimu Sahabat.
Tuesday 19 March 2013 | 00:36 | 0 Sweet Cupcake
Assalamualaikum. =)





Tiba-tiba tangan ini laju sahaja ingin menaip di laptop comel ku ini. hehe. Dan ini juga kerana terkenangkan sahabat ku ASMA SYAFIQAH. Seringkali ujian menyapa mu. Tapi saya tahu awak kuat lebih kuat drpd apa yg dijangkakan kalau awak betul-betul kuatkan pergantungan awak pd ALLAH.

Dalam perjalanan pulang utk cuti sem selama 2 bulan lebih. Wah! lama tue 2 bulan. hehe. Bestnye duduk dekat rumah. Ok balik kpd cerita asal. Ketika menaiki kereta api saya dikejutkan dgn 1 message.

" Fadhilah, kakak asma dijangka kena barah tulang. Mohon sahabat lain doakan. Nie ujian buat kami sekeluarga."

Dpt sahaja msg nie perasaan saya terus sahaja sebak and speechless. Rasa sayu + nk nangis tapi kena cover la siket sebab org ramai dlm keteapi tue. Pastue ada pula kwn saya si keding Atiraf nie. Ada Alia lagi. Malu kott tiba2 nk nanagis pula. hee~ Tapi time tue memang rasa sedih sgt sbb ujian penyakit yg ALLAH bagi kepada setiap manusia ada banyak jenis. Ada penyakit yg kronik dan tidak kronik. Semua nie juga bergantung pd kita utk terima ujian itu dgn tabah. Penyakit yg Allah beri tue bkn kpd org tua sahaja bahkan org muda tidak terkecuali seperti saya.

Time tue pula teringat tentang kisah penyakit nabi Ayub. Nabi ayub seorang yg tabah dan sabar kerana masih mengekalkan keimanan nya pd Allah walaupun telah diuji dgn pelbagai ujian hidup. Termasuklah kehilangan hartanya, kematian anaknya dan akhir sekali dideritai penyakit kulit yang luar biasa.

Kdg2 penyakit yg Allah datangkn tidak mampu utk kita hadapinya. Tapi percayalah setiap penyakit itu ada penawar nya. Insyaallah kakak asma akn pulih seperti sediakala. Mungkin juga penyakit yg Allah hadirkn kpd kakak asma tue utk menghapuskan dosa-dosanya pd masa lalu. Kita sebagai hambaNYA yg hina lagi dina wajib bersangka baik pd NYA. Kuat ye sahabatku. Allah kan ada. Allah tidak akan menguji seseorang itu melebihi kemampuannya.

" Adakah manusia beranggapan Kami akn membiarkan mereka berkata, 'kami sudah beriman, sedangkan mereka itu belum diuji? " (Al-ankabut : 2 )

Asma kena igt manusia bukan sentiasa nya berada diatas. Apabila tiba masanya, manusia akn diuji drpd pelbagai arah yg tidak dijangka. Kadangkala, ujian datang dlm keadaan kita tidak bersedia. Pada masa ini juga manusia terkapai-kapai mencari kekuatan diri. Tapi dari situ lah kena cari sumbernya. Siapakah yg akn menyisipkan kekuatan ini? Tidak lain tidak bukan ALLAH.

Sahabat-sahabat yg lain akn mendoakan kakak asma sihat seperti sediakala. Ini yg mampu kami lakukan selain dr memberi semangat kpd asma. =) Semoga dirimu sentiasa tabah dan kuat.


 
    Kami sentiasa menyokongmu dr belakang. :)

Ya Allah ! Selamatkan Mereka.
Monday 18 March 2013 | 11:11 | 0 Sweet Cupcake
Asssalamualaikum. :)

 Alhamdulillah. Setelah sekian lama tidak berblog dan tidak sharing anything tiba-tiba hati ini terasa rindu. Eceh2 macam la selama nie saya selalu berblog. hehe. okay lah. Tanpa banyak berbicara saya ingin kongsikan sedikit perkongsian tentang orang-orang yang menanggung dosa-dosa seorang wanita apabila wanita itu tidak menutup aurat nya dengan sempurna.  




Orang pertama yg ditarik oleh wanita ialah AYAH nya sendiri. Tahukah dan sedarkah kita selagi kita tidak berkahwin. Ayah kitalah yg menanggung segala perkara yg bersangkut paut dgn diri kita sehinngga kepada dosa kita iaitu 'AURAT'. Marilah kita muhasabah kita bukan sahaja ingin menjadi solehah kpd suami kita tetapi juga kpd KING OUR HEART kita iaitu 'AYAH'. 




Orang yg kedua ialah abang kita. Kadang-kadang kita selalu berkata :

 'Tidak menutup aurat itu aku punya pasal la. Bukan menyusahkan kau pun!'

 Tapi inilah kesilapan besar telah kita buat. Mereka juga akan menanggung dosa kita dek kesilapan diri kita sendiri.

 Orang yg ketiga ialah adik lelaki kita turut terlibat apabila kita sendiri tidak menutup aurat. 

 Orang yg keempat ialah anak lelaki kita. Opsss! nie apabila kita sudah ada anak nanti. hehe.

 Orang yang kelima ialah suami kita. Mungkin sekarang kita belum bersuami lagi. Tapi insyaallah suatu hari nanti. Of course lah kita ingin menjadi isteri yang solehah kan?


 خير المرأة هو صالحة


 Bukan  orang diatas sahaja yang terlibat  tetapi masih ada lagi orang yg terlibat yg akan menanggung dosa wanita yg tidak menutup aurat. Orang-orang ini saya akn kongsikan entry yg lain. Tunggu ye! (= 


Mari kita muhasabah bersama. Peliharalah aurat kita. Mungkin bagi kita tidak menyusahkan orang lain tapi ini adalah kesilapan yg besar. Sanggupkah kita melihat ayah, abang, adik lelaki, anak lelaki, dan suami terheret juga ke neraka disebabkan kita? Jauh sekali tidak bukan? Jadi 'lu fikir la sendiri' hehe. Opsss! kasar pulak bunyi nya. Tepuk dada tanya iman. Lembut sikit. :)

 Kita boleh lakukan perubahan ini walaupun sedikit tetapi biar istiqamah. Tapi lebih merugikan apabila kita tidak lakukan perubahan walaupun sedikit kan? Sebab ALLAH sudah menerangkan dalam surah az-zumar ayat 15 yang bermaksud :

 " Sesungguhnya orang yang rugi adalah mereka yang merugikan diri mereka dan keluarga mereka diaskhirat " 

Kita semua tidak mahu rugi diakhirat bukan? Sebab diakhirat sana lah kita menuai hasilnya. Jadi mari kita sama-sama  pelihara aurat kita. Masih belum terlambat lagi.


  Ya Allah, guide me all the way to your JANNAH.

Ya Allah, Don't let me go astray because I need YOU.

 Ya Allah be with all the way.

The last forgive me because I can't thank You enough. 

                                       Forgive me when I doubt Your love. 

Fitrah Cinta Perlu Setia
Tuesday 26 February 2013 | 09:59 | 0 Sweet Cupcake
                                                        Assalamualaikum (=

Hehe. My first entry. Entry nie ALIA ALI AHMAD yg paksa saya buat. Walaupun saya sibuk minggu nie sebab study week byk nak kena hafal. Tapi saya tak kisah demi mu ALIA ALI AHMAD saya sanggup tulis entry nie. Baca sampai bengkak mata tu taw ! Hee~




Now i'm starting my entry. Kisah tentang "monogami sunnah rasulullah". Monogami adalah sunnah nabi sama juga seperti poligami. Jika kita lihat dalam kehidupan Nabi S.A.W. Beliau melakukan monogami selama 25 tahun dan poligami pula selama 10 tahun. Sebagaimana informasi dr Aisyah, "Nabi S.A.W tidak pernah memadu kahadijah hingga dia meninggal dunia. " (HR MUSLIM)

Kadangkala ada yg suka melabel lelaki yg tidak berkahwin lagi seorang yg takut bini. Tapi bagi saya mereka lah org yg betul cinta dan setia kpd isterinya sebagaimana setianya rasullullah terhadap khadijah, setianya ali kpd fatimah, setianya abu al-ash kpd zainab.

Saya tertanya- tanya adakah motivasinya untuk berpoligami benar sperti motivasi Nabi? Adakah dia juga membantu urusan rumah tangga seperti Nabi? Adakah dia berlaku lembut dgn kecemburuan isteri spt Nabi? Adakah dia memahami kesusahan isteri membesarkan anak-anak kecil spt Nabi? Adakah dia memudahkan urusan isteri dgn menyediakan pembantu spt Nabi? Tepuk dada tanya iman. hee~

Kadangkala ada juga lelaki yg berkahwin lain sbb mengetahui kelemahan isteri. Tapi bg saya sedikit kelemahan pd isteri bukanlah alasan utk membina cawangan lain. Seharusnya lelaki itu sebagai seorang pemimpin keluarga, seharusnya mebimbing isteri menuju ke arah kebaikan dan bersama-sama melengkapi kekuranagn yg ada. Kadangkala ada yang berkata dgn berkahwin lain rezeki kita akan bertambah. Statement disitu perlu diperbetulkn. hehe. Rezeki perlu diusahakan sekuat tenaga dan berdoa, bkn hanya tunggu dr langit dgn hanya kita bernikah lagi. Rasulullah S.A.W mengajar kita menjadi perancang ekonomi, bijak berstrategi, dan bijak mengukur kemampuan diri. Bukan berserah bulat pd apa yg belum pasti.

Sunnah yg lebih besar yg ditunjukkn Nabi ialah berkahwin satu selagi isteri mamapu beri zuriat. Nabi tidak memadukan khadijah. Lagipun syarat adil yg yg ALLAH sebut dlm al-quran tu satu ancaman bkn galakan.
Kedua-dua ayat poligami dlm surah AN-NISA ayat 3 dan ayat 129 berbentuk ancaman supaya tidak berbuat aniaya. Rasulullah S.A.W telah menjelaskan poligami berisiko memberikan satu masalah apabila dibangkitkan di AKHIRAT kelak. Rasulullah mempunyai seorang isteri selama 25 tahun dan berpoligami selama 10 tahun utk kepentingn islam. Rasulullah tidak pernah menduakan Khadijah dan juga Rasulullah tidak pernah melakukan poligami semasa anak-anak Baginda masih kecil dan memerlukan perhatian dari seorang bapa.

Wallahua'lam. Jadi kita sebagai hamba ALLAH  dan umat BAGINDA perlu perbetulkan tafsiran kita tentang poligami supaya orientalis barat tidak galak utk mempersenda islam.

Okay la ALIA ALI AHMAD. Setakat disini dulu saya punya entry. Nanti ada masa saya tulis entry sya yg baru. Hee~




Cinta ku kerana agamamu. Jika hilang agama pdmu maka hilanglah cintaku padamu.


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agama nescaya beruntung kedua-dua tanganmu. " (HR BUKHARI & MUSLIM )








Sabarlah dalam bersabar
Wednesday 13 February 2013 | 05:54 | 0 Sweet Cupcake

Assalamualaikum :)


Tika mencuba untuk bersabar pada saat keadaan sekeliling menuntut diri untuk marah, kita berlawan dengan nafsu, akal waras dan iman;
NAFSU: Kau perlu marah! Dia dah melampau! Jangan sampai dia pijak kepala kau!
AKAL WARAS: Kalau nak marah, marahlah. Tak marah pun tak apa. Mana yang terbaik untuk kau, buatlah.
IMAN: Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar. Dan keimanan seseorang mukmin itu dinilai apabila dia mampu mengawal dirinya semasa marah. Tak payahlah marah. Allah tu Maha Adil. Dia mendengar doa hamba-hambaNya yang dizalimi. Ada hikmah semua ni terjadi. Allah nak kau jadi lebih sabar. Sabarlah ya. Makin sabar, makin Allah sayang :)
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(Surah al-Ankabut, ayat 2)
Ya,ujian itu Allah SWT turunkan dengan tujuan untuk menguji keimanan kita. Dan, setiap kesulitan itu datang dengan penuh berhikmah. Lalu untuk apa kita marah jika ujian yang Allah timpakan itu adalah bertujuan untuk kita lebih dekat kepadaNya? Hatta, bila mana orang membuat kita marah, itu pun adalah satu ujian daripada Allah SWT. Maka,bersyukurlah. Bersyukurlah kerana kita ini adalah antara hamba-hambaNya yang terpilih untuk dicintaiNya dan diberi peluang untuk mencintaiNya.
Bukankah Allah itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui? Percayalah, semua yang berlaku itu ada hikmahnya. Kadangkala, kita boleh berfikir sendiri tentang hikmah sesuatu ujian itu. Contohnya, apabila kita gagal mendapat pekerjaan yang kita suka, mungkin pekerjaan yang kita suka itu tidak sesuai dengan kita. Mungkin Allah telah menetapkan suatu pekerjaan yang lebih baik untuk kita. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan bertawakal. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)
La illaha ila anta, subhanaka, inti kuntu minaz dzalimin. (Tiada Tuhan selain Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, dan aku tergolong dalam hamba-hambaMu yang menzalimi diri sendiri.)
Sabarlah dalam bersabar :)